* dipetik dr blog kak hanim,ireland-www.halwahati.wordpress.com
30 June 2009
Hari ini hari terakhir saya bergelar Intern (kat malaysia panggil Housemanship). Maka hari ini juga adalah hari terakhir saya akan terlibat secara langsung dalam pembedahan, pakai baju hijau (scrub in) dalam dewan bedah. Mulai esok, saya akan meninggalkan dunia Surgery, kerana saya sudah memilih bidang Medicine dan akan memulakan tugas sebagai Senior House Officer (kat msia panggil Medical Officer,MO).
Seimbas lalu kenangan dan apa yang saya pelajari dari dunia surgery…
Bayangkan kita ada kamera best yang sophisticated, elegant, with multiple extra functions, incorporating the latest technology in a small slick design. Melihatkan zahirnya kita tertarik. Menyaksikan fungsinya kita kagum. Sepintas hati memuji perekanya. Apakata kalau kita buka lapisan luar kamera ini untuk memerhati isi dalamnya yang menghasilkan fungsi yang hebat tadi. Mungkin akan terlihat komponen-komponen elektronik yang halus, dalam posisi yang tersusun rapi dan bersistem, membuktikan ketelitian dalam pembuatannya. Mungkin sesiapa di antara kita yang lebih berilmu dalam bidang elektronik, lebih mampu memahami untuk menghargai kehebatan alat ini.
Kalau dapat saya samakan, mungkin seperti itu jugalah saya memandang dunia Surgery. Orang lain hanya melihat manusia melalui jasad zahirnya - rupanya, warna kulitnya, fesyennya, gayanya, percakapannya. Alangkah besarnya peluang yang Allah beri kepada saya, dapat menyaksikan lebih dari zahiriyyah kulit, menghayati kebesaran Allah dalam penciptaan diri sendiri.
Tidakkah kita bersyukur, kita dapat makan dengan gembira, kita menelan dan tiba-tiba rasa lapar tadi sudah hilang. Kita kenyang. Ada orang asal makan saja terus akan sakit perut teramat sangat. Maka dalam pembedahan, saya dapat melihat, oh rupanya sebab perutnya sudah luka dan berdarah. Ada gastric ulcer yang sudah hampir perforate. Saya juga dapat melihat dinding perut kita, rupanya tebal dan berkedut-kedut, dipanggil Rugae. Sebab itulah kita boleh makan banyak, sebab perut dapat mengembang disebabkan kedutan itu. Perut kita tidak meletup. Bila isipadu dalam perut mencapai satu-satu tahap, dan otot perut mengembang, ada saraf akan terangsang dan ia menimbulkan rasa kenyang. Maka kita berhenti makan. Kalau makan juga, sudah hilang nikmatnya. Hebat tak teknologi perut kita?
.
“Dan pada dirimu sendiri (ada tanda-tanda kebesaranNya), mengapa kamu tidak memerhati?” (Surah Ad-Dzariyaat : ayat 21)
Tangan kita pun tidak kurang canggihnya. Boleh pusing macam-macam sudut. Boleh pegang apa-apa jenis benda, baik yang bulat ataupun nipis seperti kertas. Boleh genggam buat penumbuk. Boleh lembut untuk menepuk bayi. Semua itu kerana ada bilangan sendi yang banyak pada tangan. Kalau Allah buat tangan kita macam tangan orang Lego macam mana? Kita juga boleh merasa dengan jari, kerana hujung jari adalah antara tempat paling sensitif untuk merasa, sebab banyak sangat saraf di situ. Maka orang buta dapat membaca dengan tulisan Braille. Kenapa orang yang tangannya cedera, dia tidak dapat menggerakkannya lagi? Maka dalam pembedahan, saya dapat melihat, oh tengok, sebab tendonnya yang ini terkoyak. Tendon ialah ‘tali’ yang memegang tulang kita, supaya kita boleh gerakkan tulang kita bila kita mahu. Ia nipis tetapi kuat, tidak mampu diputuskan hanya dengan jari, bukan macam tali rafia.
Tidakkah kita kagum dengan kemampuan manusia? Kita mampu berjalan sambil makan aiskrim dan berbual dengan sahabat kita. Kita tidak terjatuh walaupun tidak memerhatikan di mana kaki kita diletakkan, kita tidak tercekik atau tersedak dengan aiskrim itu, dan pada masa yang sama mampu pula menyusun ayat yang baik semasa bersembang, menceritakan ingatan kita tentang hal yang terjadi pada bulan lepas. Kita juga tidak terlupa untuk bernafas. Berapa banyak perkara yang kita sedang laksanakan sekaligus sebenarnya? Dan semua itu terlalu mudah! Itu kehebatan otak yang menjadi koordinator keseluruhan anggota badan.
Namun, otak masih bukanlah The Big Boss!
The Big Boss adalah Qalb, iaitu hati. Otak hanya menerima arahan dari hati, hanya melaksanakan kehendak hati. Tanyalah hati kita, dari mana pula hati kita menerima perintah? Adakah dari Allah, Tuhan seru sekalian alam, atau dari al-hawa dan syaitan?
“Sesungguhnya perkara halal itu jelas, dan perkara haram itu jelas. Dan di antara keduanya ada perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga dari perkara syubhat, maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh ke dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di keliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah setiap raja itu ada sempadan, dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah apa yang dilarangNya. Ketahuilah dalam setiap jasad itu ada seketul daging, yang apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah, ia adalah Hati.“(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim, hadith ke-6 dlm Kitab Hadith 40)
Siapa penasihat kepada hati kita? Siapa yang dekat di hati kita? Apa yang dirindukan oleh hati kita? Itu semua akan menentukan ke mana jasad ini melangkah, arah mana yang dituju. Jasad yang canggih dan berteknologi tinggi ini akan rosak jua, tua dan mati. Namun, amal yang dilaksanakan tidak akan lenyap, tetapi akan diteliti di Mahkamah Maha Agung.
Apakah yang pernah dimasukkan ke dalam perut itu, dari mana sumbernya, halalkah ia…Apakah pula yang dibuat oleh sepasang tangan itu, apakah ia kebaikan atau kejahatan, pernahkah menyakiti…Apakah pula yang difikirkan oleh otak itu, adakah tipudaya dan khianat, atau lelah memikirkan masalah umat…
Kesemua itu hatilah yang mengemudi. Hati itu nakhoda, sedang jasad ini hanyalah alat pengangkutan, kapal sahaja, buat merentasi lautan kehidupan. Maka berwaspadalah dengan apa yang menjadi kompasnya. Dungulah mereka yang sibuk menghias dan menjaga kapal, tetapi terlupa memerhati arah kompasnya. Moga selamat dalam pencarian jalan pulang ke tempat asal kita – syurga.
ar-rumaisa
Surgical Intern (last day)
salam eid mubarak-eid adha 1430H
Bila Unta dah tak selera makan…
Kambing mula resah..
Lembu pura-pura gelisah..
Ayam je nampak cool!
Itu tandanya Hari Raya Korban dah tiba..
SELAMAT HARI RAYA EID ADHA 1430H
salam aleik..pd pg yg mulie ini, sy mohon ampun pade smue yg mengenali diri ini..salam eid mubarak...semoge eid tahun ini meniup semangat pengorbanan dalam diri kte sbgi seorg muslim d ats muke bumi Allah ni...
"Daging2 (haiwan korban) dan darahnya itu sesekali tidak akn sampai kepada Allah,tetapi yg akn sampai kepadaNya adlh ketakwaan kamu. Demikianlah dia menundukkannya untukmu agr kamu mengagungkan Allah ats petunjuk yg Dia berikan kepadamu.Dan sampaikanlah khabar gembira kp org2 yg brbuat baik.."( Al-Hajj :37 ) puase3..9 zulhijjah(hari arafah)
nota lutut: lawak btol smbut raye kt carefour..ramai btol org arab..dyorang ni x masak ketupat or rendang ke eh?..hehe..(sy br menggunekan pintu sesuke hati untuk pulang sebentar ke malaysia..sgt bhagie...rndu family much333..smpi speechless ckp ngn byh smlm..)
smart circle
semangat!!
salam aleik...
buat diri, teman, dn sesiape shje yg mmbce blog ini..
ku doakan smoge kte dberi kekuatan untuk bersedia menerima sgala ketentuan yg telah direncanakan Illahi...
maafkan diri ini andai tiada disisi untuk memberi semangat atau paling tidak, sebagai pendengar setia tatkala diri mu dilanda ujian..sungguh, diri ini sentiasa mendoakan yg terbaik untuk dr mu..yakin lah janji Allah..mungkin ini yg terbaik untukmu..jgn pernah menyesal atau sesekali meragui qada' dqn qadar dr Nya..
"boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik untuk bagimu,
dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.."(al-baqarah:216)
Tuliskan rancangan-rancanganmu dengan pensil kemudian serahkan pemadamnya kepada Allah. Izinkan Allah memadam bahagian-bahagian yang kurang tepat dan menggantinya dengan rancangan-Nya yang lebih baik. Kerana Allah lebih mengetahui apa yang baik untuk kita. Yang lebih baik untuk kita mungkin bukan seperti yang manusia sangka. Selalu ada hikmah di sebalik rancangan yang Allah siapkan khas untuk kita hamba-Nya
Jangan pernah menyerah diri sebelum sampai ke titik akhir perjuangan..kuatkan hati wahai pejuang Allah!
salam mujahadah
Dirimu terhias sebagai sebaik-baik ciptaan.
Maka jadikanlah dirimu nisa’ yang boleh menjadi mujahidah,
jihad di jalan Allah.
Jadikanlah dirimu antara fatayat yang dijulang.
Cantik dipandang tetapi susah untuk dipegang.
Jadikanlah dirimu gadis manis yang tak pernah kalah dengan redup panahan mata adam.
Biar nafsumu hidup dalam tarbiyyah di jalan dakwah
bertintakan darah dan air mata perjuangan,
dititip atas warkah penuh kemuliaan
dan dikirimkan untuk mujahadah menuju Tuhan…
nota lutut : tme kasih mun..really appreciate this word..gonna miss u till the end of my lyfe...jazakallah..
senyum lah wahai hati
"senyum lah pada takdir, pasti takdir akan senyum padamu"
saban hari..hati ini merintih sendiri..rindu yg bertapa dalam sanubari ini hanya Tuhan yg tahu..namun..demi sebuah perjuangan, ku gagahkan jua kaki ini melangkah di kota seribu menara yg penuh barakah ini..kata-kata semangat dan azimat dr seluruh ahli keluarga di malaysia ku simpan rapi dalam diari hidupku..semoga kata-kata ini menjadi penguat semangat di kala ku jatuh rebah tak berdaya..
doakan semoga diri ini terus tabah dan kuat untuk mengharungi hidup di bumi kinanah ini...
bersama rakan-rakan yg pernah sama-sama berjuang di bumi barakah-smaplabu..dr kiri-bukhori(alex),afiq(kaherah),faiz(kaherah),kamil(kaherah),shukriyah(kaherah),sarah(alex),syamimi(alex),nasuha(alex),narrator,amiratul(alex)..(hisyam-alex n hawa-mansoura tiada di tempat kejadian..khuzairin-kaherah>x dpt dikesan)
nota kaki : paman lan, kte x nanges tyme kat airport...huhu..bangge x??x caye tanye ummi, kan ummi kan??
iskandariah a.k.a alexandria
alhamdulillah...dpt upload gmbr makam..gambr kt alex x byk sgt bule kongsi sbb byk yg 'private'...
.jpg)
.jpg)
.jpg)
makam imam shafee...
.jpg)
kat ats mkm imam shafee ni ade lambang kapal-menunjukkan imam shafie ni suke berlayar..
klia-kaherah
seperti yg dijanjikan..sedikit foto buat tatapan keluarga..
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
abg zul sesat..x dpt dikesan..
.jpg)
alhamdulillah..selamat sampai airport kaherah..(walopon mabok lam flight egypt air..bak kate ust mumtaz:naik egypt air mcm naek tremco balek mesia..haha)
.jpg)
program sambutan mahasiswa baru di dewan malaysia kaherah..
.jpg)
.jpg)
nota kaki:gmbr seterusnya..jaulah sekitar kaherah..mata da blink33..nk tdo..zzzzzzzz
salam bumi kinanah
assalammualaikum..
alhamdulillah..tanggal 1 oktober 2009, kaki ini selamat menjejaki kota seribu menara ni buat kali kedua..hasrat di hati ingin menimba sedalam mana ilmu yg allah kurniakan d atas muka bumi ini..doakan semoga diri ini menjadi islamic doktor yg berkualiti suatu hr nanti insya allah..
nota kaki : gmbr2 terkini akn di upload sedikit mase lagi oke..setia menanti..



.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)



